Friday, January 30, 2009

Sedih lihat Bangsaku dijajah

Sesungguhnya tidak ada yang lagi menyayat dari melihat bangsaku dijajah,
Dan tidak ada yang lagi menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina.

Ekonomi kita dipegang pendatang sedangkan tanah ini dijaga nenek moyang kita.
Kita memagari bumi ini daripada dijajah tapi hasilnya dimakan oleh oleh orang lain.

Benar Melayu mudah lupa,
Acap kali kita bersengketa,
Bumi kita pijak kini bukan lagi 'milik' kita,
Jangan sampai hilang warisan kita.

Perjuangan kemerdekaan kita masih belum selesai. Tapi kita tidak harus tegar dan berputus asa agar satu hari nanti orang Melayu akan mahsyur di dunia. Bukannya dengan rempit, 3gp dan gam tetapi kerana agamanya, akalnya dan tamadunnya.

جاڠن كيت هونوسكن كريس دان ڤارڠ،
ڬوناكنله اقل دان فيكيرن،كمباليقن ايكونومي ملايا د تاڠن كيت، دان هاڤوسكنله حسد دڠكي سسام كيت.باڠونله بڠسا ملايو


Lagu ini bertajuk Warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara 3x

( lagu ini akan saya blog dalam Jawi soonest possible)

Editor's Note
__________________________________________________________________________-

First of all, i would like to make a few issues clear. First, it is to be noted that I am not a racist. Being a Muslim, such hatred towards races and creeds is a sin. Second, in all sincerity, I merely want to remind myself (i am a Malay) and Malays to learn from history and improve ourselves. Just as much as any other races in Malaysia fights to keep their heritage, i too would do the same. No hard feelings.

No comments: